Tuesday 26 June 2012

dosa gak?

assalamualaikum.


MENGECILKAN HATI ORANG adalah berdosa.
BERKECIL HATI juga adalah berdosa.
Tetapi LEBIH BESAR DOSANYA jika kita BERKECIL HATI.

".. I'm so confused..."

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?

Then I asked my Ustaz what's that mean.

Ustaz : Jika seseorang menghina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Saya : Uiitss... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ustaz : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah s.w.t.

Saya : (*blur* sekejap...)

Ustaz : Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah s.w.t. Kenapa Allah s.w.t. hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah s.w.t. Nampak jelas tak?...

Saya : Ooooooowh... ok...

Ustaz : Lagi parah bila kita pun cerita pada sahabat-sahabat kita. "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada sahabat-sahabat lain. "Kesian sahabat kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah s.w.t. itu akan lesap sedikit demi sedikit.




#off topic: copied from pesbuk. sebab aku pon pnah terasa~ tacing~ dan sewaktu dengannye~ astaghfirullahalazim~

No comments:

Post a Comment