Wednesday 27 June 2012

sunyi~

assalamualaikum.


hai hai hai dan hai kat kau yang tengah bace nih. aku suka makan tembikai. tapi dah lame gilerrrr tak makan sebab takdek orang belikan. aku suka air terjun. tapi sejak aku hidup, baru dua kali aku pergi air terjun. sebab takdek orang nak bawak aku pergi.



aku benci taugeh. bawang pon. dan sampai sekarang aku takkan sentuh benda tu. dan aku tak pernah sentuh makanan yang mak aku masak pagi-pagi. sebab taugeh tu feveret beliau mungkin? seingat aku, sepanjang aku hidup, tak lebih sepuloh kali aku sentuh bihun goreng , mee goreng.....yang di masak kat rumah. sebab banyak gilerr sayur!! *terserlah kebencian sejati di situ~* aku benci sayur time kecik. tapi dah besar, aku benci gak. tapi tapi tapi, aku boleh makan timun, tomato, dan salad.sayur  kangkung sikit.  yang sayur lain aku benci.




kau lagi? =_=



#off topic: Y U NO understand that i hate TAUGEH for the rest of my life?

Tuesday 26 June 2012

dosa gak?

assalamualaikum.


MENGECILKAN HATI ORANG adalah berdosa.
BERKECIL HATI juga adalah berdosa.
Tetapi LEBIH BESAR DOSANYA jika kita BERKECIL HATI.

".. I'm so confused..."

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?

Then I asked my Ustaz what's that mean.

Ustaz : Jika seseorang menghina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Saya : Uiitss... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ustaz : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah s.w.t.

Saya : (*blur* sekejap...)

Ustaz : Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah s.w.t. Kenapa Allah s.w.t. hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah s.w.t. Nampak jelas tak?...

Saya : Ooooooowh... ok...

Ustaz : Lagi parah bila kita pun cerita pada sahabat-sahabat kita. "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada sahabat-sahabat lain. "Kesian sahabat kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah s.w.t. itu akan lesap sedikit demi sedikit.




#off topic: copied from pesbuk. sebab aku pon pnah terasa~ tacing~ dan sewaktu dengannye~ astaghfirullahalazim~

Monday 25 June 2012

tak boleh lah weyh =_=

assalamualaikum.


yeay! aku dah dapat idea nak bebel pasal satu isu ni. serius weyh, sampai sekarang aku pelik nape aku tak boleh buat. aku kalau boleh nak try. tapi tiap kali aku try, hati aku mesti sakit. pedih. pilu. di siat. di hempuk. di toreh. di pukul. di terajang. di sentap. di err....err...er....hokey. dah cukup lah kan bukti aku A bm time spm dulu. hahahaha.....ok, enaf jah...enaf.....


dalam banyak-banyak benda yang tak boleh di sebut.....ade dua benda yang memang buat lidah aku cukup kelu ye nak sebut. sumpah! aku tak tipu. first, aku memang lemah bila.........


---------------------------------------------------------------------

jemah 1: ija, awak dah siap lab report? saya nak tengok boleh?

aku: yep, dah. tengok lah. aku banyak bantai je. pastu yang lain tiru. hahahaha

jemah 2:  eh, ija dah siap? jemah nak tengok boleh? jemah tak tahu lah~ pening jemah! isk

aku: ala...wat lek wat peace ah jemah. kau tengok je. tiru..tiru...sila...sila

---------------------------------------------------------------------



kau perasan tak aku buat ape? yeah...kalau kau perasan otak kau memang boleh masuk pertandingan hias kebun lembu....hahahahahha! *ntah pape pertandingan kau bantai jah....geli aku...* kalau kau tak paham lagi...buat-buat la baca 44 kali. bagi hadam sampai lumat.



yep....aku seriusly tak boleh pakai ''saya-awak'' or '' jemah-ija''......nanti aku rase macam nak wrestling diri sendiri sampai masuk kandang kambing. entah lah.....janggal..pelik...ahhhh...sume lah! *terasa emo di situ....* even kalau first time aku jumpe orang, aku tetap ''aku-kau''. memang la pelik gak...tapi hati aku tak lah dilanda kepiluan nak sebut..hahahaha...ye..aku over. aku tahu. kalau aku ''saya-awak'' ngan orang tu, seriusly memang tak lah aku nak cakap lagi...hahahaha...orang tu akan jadi yang first dan terakhir aku borak...hahahahahaha! ye, macam kejam. lalalalala~



oh...ade lagi benda yang aku liat nak sebut. bila aku nak beli something. pastu salesman tu laki, dan bukan lah over 40....


--------------------------------------------------------------

aku: err.....err.......er.....hmmm......henset tu bape posen eh?? hee...*senyumm

jemah: oh...50 sen...


---------------------------------------------------------------


kau agak-agak, asal aku gagap? hahahha...kalau kau boleh agak before aku taip lagi...buat-buat lah prepare diri masuk pertandingan makan ekor lembu...*hahahahahaha!! ntah wujud tak tahu lah...* badewei....aku gagap...sebab aku tak boleh sebut ''bang, bpe posen?'' yep....memang payah giler weyh!! urghh!! kalau aku tersebut tu....memang sebab desperate sesangat. pastu rasa macam nak hentuk kepala sendiri. dush!



cane aku nak sebut kalau abang-abang kat family aku pon aku tak panggil abang? kiteorang rilek je panggil nama manje masing-masing...hiwhiwhiw~ dah ngan strangers tiba-tiba nak panggil abang...memang lidah aku tak boleh lah....nooooooooooooooooooooo way beb~




this quote is very me lah~




# off topic: cane nanti eh bila aku ade abang  ipar?? ni takdek lagi boleh lah sesedap tembikai je bebel~

Saturday 23 June 2012

erk?? nak clash?! isk!

assalamualaikum.


aku sedeh giler. boyfie dah merajuk ah......acane nih????!! isk.....isk...dia cakap sebab aku tak layan dia hari-hari. sebab aku asyik buat bodoh je ngan dia. sekarang dah merajuk ni. ala....parah pulak tu. lagi teruk dari persengketaan kiteorang yang lepas. *huuuuu...persengketaan beb~ caya lah~



isk....aku dah penat pujuk. biar dia cool. buat slow talk bagai. tapi dia taknak jugak. dia cakap dia rasa macam dah nazak-di-hujung-tanduk-kambing bila aku tak layan dia. meruntun jiwa aku bila dia cakap perkataan nazak tu~ isk....nak nangis pon ade gak~ alahai boyfie ku~


yep, aku tahu, kau jemah yang tengah bace ni mesti ingat aku main-main kan? wei, siyes.....! aku ade boyfie. aku dah penat sorok . sebab aku frust tak tertanggung dan tak tertonggeng la aku nak luahkan jugak. dia hensem, kening agak tebal, taff, macho, tinggi 178cm.  kulit cerah, err.....tak pakai spek. tapi aku harap dia cepat rabun sebab aku pakai spek. hahahahaha! 





yep, camni lah tahap hensem dia. sila buat2 teruja~





oh well, kalau dia senyum...arhhh....yu made my day lah babe! mata....aku suke! baju melayu ngan kain songket banyak kali aku suruh pakai, tapi dia taknak. rasa macam nak hempuk! aku suruh pakai baju melayu pon taknak. aku nak suruh dia lagi hensem kot! biar aweks kat luar tu cair~ aku pon bangge....hahahaha!



oh, jap....haa! dia mintak clash~ isk.....tapi aku tak sanggup lagi kau tahu tak! cane aku nak bangun subuh kalau kau takdek~ kau lah yang selalu ingatkan aku pasal waktu solat. weh, kau yang tak mungkin si bakal suami mithali, aku tak sanggup tengok kau blank tak blank........aku takdek duet nak pujuk kau dah. aku tahu kau suka duet. sebab aku pon suke. aku tahu kita sehati sejiwe selama-lamanye......cane aku nak lepaskan kau? aku sayangggggggg giler kat kau~






ni boyfie ai yang betul ^_^




#off topic: dia rosak lagi....isk...isk.....sampai hati kau buat aku camni.




Friday 22 June 2012

palam # finale

assalamualaikum.


yeay~ at last palam dah ade part finale!!! tepuk-tepuk!!! lompat-lompat!! *ntah ape yang buat dia teruja macam babun  pon aku tak tahu lah. sewel punye orang~ oh, badewei, entry kali ni unik giler. sebab aku interview macam-orang-nyanyuk ngan diri sendiri. pasal palam. yep, ber Q &A ngan diri sendiri~ dah boleh prepare daftarkan diri ke hospital tg. rambutan mungkin?


-------------------------------------------------------------------------------------



Q: pe feeling kau first-first nampak palam?

A: entah. aku blank. siyes. aku memang selalu blank. aku pon tak tahu nape. lalalalala~

Q: dak palam yang kau jumpe first-first?

A: heeee...my rumet. yoni~ nama sebenar amalia nabilah bt. rosdi. ''fuuuuuuiyoooooo.....!''ekspresi aku camtu lah ekceli. sape suroh kau lagi cun dari aku. hahahahaha! tapi ekspresi muka still macho time tuh.

Q: ape first impression kawan kau time mula-mula jumpe kau?

A: nerd, pendiam. yeah, sebab muke aku dah sejati macam tu. tapi first impression dorang tu sangat lah salah. dorang cakap, nak buat aku gelak dan menggiler tiba-tiba, ibarat sifir 1x1. XD

Q: moment kau paling nak buang?

A: mds....time orentasi tu. ntah pape...macam-macam jenis cheers aku buat. geli pulak bila aku nak ulang balik. pastu, time tu la application KPT aku problem. borang punye pasal, aku kena bayar rm30!!! ciss! sebab liquid payper jek!!!

Q: moment kau paling nak sampai akhir hayat?

A: time baring kat pantai chenang, langkawi, ngan classmates, tengok langit, bulan, bintang, tahi bintang,  angkasawan, roket, aeroplane, berbantalkan pasir yang ditimbunkan cantik sambil mendengar bunyi ombak malam-malam buta dan angin malam yang menggoda sanubari . yeap, the best moment ever selama aku hidup 18 tahun ni. alhamdulillah~

Q: moment yang paling sweet?

A: tengok horror movies malam-malam buta sambil terpekik terlolong ngan housemates. tapi aku selalu tidur time movies tengah-tengah. port aku baring ialah yang paling first di belakang. hahahahaha. motif? kau fikir ah. aku taknak jawabkan.

Q: moment yang buat nafas kau tersekat macam dah kena hempap ngan lembu jemah belakang rumah?

A: time nak final sem 2. bertimbun assignment yang tiba-tiba, test 4 paypers,  revision lagi.......dalam 1 week and half...sampai satu tahap aku baring atas katil je sebab malas nak fikir. yeah~ penyelesaian yang mudah kan?? *kening2

Q: moment langgar peraturan like a boss?

A: main masak-memasak sampai keluar asap hitam ngan housemates. hahahahaha..ok, tipu.takdek asap hitam. melainkan kalau aku yang masak.eli lah supplier utame. tapi bukan aku yang banyak masak pon. tolong makan je banyak~


Q: nape kau selalu pakai baju kurung nak gi kelas? boleh kata hari-hari. kau takdek baju kasual ke....ewww....kuno~konservatif~

A: aku takdek jeans. so nanti seluar tu kena gosok. baju kurung aku banyak yang nak kena sarung je. takyah iron. kau paham lah aku ni bab malas no 1.......hiwhiwihiw~

Q: asal kau selalu pakai backpack? kau takde beg lain ke? tak fashionable!!! pui!!

A: bahu aku takleh lah kalau pakai beg tepi....sakit wooo~ kang parah kau nak tanggung? aku pakai beg tepi kalau kelas tak lame pastu saje nak gedik-gedik sakit kan bahu. hahahaha!

Q: susah tak asasi sains palam? 

A: susah gilerrrrr!!!!! kalau nak banding spm, aku kena ngaku la asasi lagi payah. kau takyah cakap lah ngan segala assignment, test, lab report, pe kejadah tu sume. lecturers tak selalu bagi clues. atuk google lah yang banyak bagi semangat. hehehehehe. high-5 tok!!!

Q: kalau susah, cane result kau jadi camtu?

A: alhamdulillah~ kena admit lah, kawan banyak tolong.  kawan yang hyper buat assignment & lab report sangat-sangat membantu yep. sayang korang!! muaaah~ <3

Q: kau cakap asasi sains ramai dak mrsm and sbp. nak kena compete lah, ape lah....komen?

A: ye, stok-stok sekolah elit memang banyak. tapi, tapi, tapi, dorang tu baik. takdek langsung yang aku jumpe sombong ke hape. senang je buat kawan. ekceli, bukan kena compete ngan dorang. kena compete ngan diri sendiri. nafsu-nafsu serakah tu lah rival. hahahahaha. true story yep!

Q: ade last words tak sebelum entry ni nak melabuhkan langsir?

A: oh, opkos ade. thanks banyak-banyak kat sume lecturers. ms. liza, ms.puteri, ms.fariza, ms.aida, sir latif, mr.ho, cikgu zaidi, mrs. aida, mrs. nora...lecturer bel, ctu...............classmates d4 yang selalu menggiler.......housemates r2308 yang selalu goda aku buat benda-benda merepek..............terima kasih!!!! semoga sentiasa di rahmati Allah tak kira di mana kalian berada~






in memories



#off topic: terase macam skema lah entry ni~  =_=


Wednesday 20 June 2012

crush~muaaahhhh~ ^_^

assalamualaikum.

yeah!!!!! crush!!! kau tahu ke pe maksudnye???? haaa...kalau tak tahu tu maksudnye kau bawah umo...blah...blah!!! ni untuk 18 ke bawah jek!!! *berani kau halau jemah2 yang tengah bace jah???!!! 



yep, crush.....hape aku nak merepek eh? aku tadek idea ekceli...so, bantai je lah....yelah...blog aku ni bukan berilmiah pon....untuk aku merepek je banyak....eh?? crush kan tadi?? jap...menurut definisi tak bertauliah aku, crush nih kan....err....emm.....orang yang kau suke diam-diam kot??? heeeee....aku dah nampak kau sengih sorang-sorang macam nak kena pelempang tu.........baik kau jangan senyum.....memang kau kena cop sewel je karang.


ok...ok....aku pon admit lah....aku pon ade crush. *wwwwooooooowwwww jah~ kening2~* hoi!!!! stendek ah ! hidup dah nak dekat 19 tahun, LAME gileerr kau kalau tadek crush! kau jangan nak memperkotak-katikkan fitrah ye! semua orang di beri fitrah untuk suke seseorang kan??? hangguk kepale cepat!! aku tak kire!


ye, fine. aku masuk point la ni. crush. yep. crush. aah. crush. *hahahahaha...aku tak tahu nak taip pe...jap..jap....* 



ok, crush. ade orang, tempat baru, crush baru. tahun baru, crush baru. baru lah style kan?? majoriti orang pon buat lah. kau jangan nak deny-deny!! tapi ade orang tu jugak buang tebiat, dah ade gf/bf, crush pon dia nak bolot. banyak hodoh muke dia?! tadek simpati langsung kat orang yang single cam aku. nyanyuk betul. rite? meh la aku bagi tips sikit kat orang jenis tak bertamadun tu.


kau, jemah-jemah....kalau ade crush, len kali buat macam aku nih. *ok, nak bajet ade superpower lagi..lalalalalala~* kau tahu aku buat ape??



1. crush tu aku buat cuci mata je. macam kau nampak baju cuuuunnn giler tapi pastu kau macam    nak  sumpah-seranah kat situ sebab harge mahal nak mampus.


2.  kalau boleh tak nak tahu name dia. motif? laaa....kan buat cuci mate je. lebeh pulak pe hal?


3.  semua pasal crush tu pon aku malas nak hambek tahu. cuci mate je kan? hehehe


4. kalau boleh nak cari flaws crush tu. sebab taknak sangkut lame sangat. kang parah hati aku, dah tak suci  untuk yang betul-betul halal kau nak jawab?!



yep, tu lah yang aku buat. nak jage hati dan perasaan. lagi pon crush aku biasenye aweks lain pon suke tengok. hahahahaha....sedih beb!! tapi kau boleh nampak kan? crush tu dah memang sahih untuk cuci mate sebab orang lain pon suke tengok. *sibuk jek dorang tu!! =p



then, cane nak tahu mr. right? nanti hati kau di ''one-direction'' kan ke mr.right kau. kau jangan nak kecoh macam monyet-joget-ngan-kera. jage hati, jage hubungan ngan Allah dulu. perempuan yang baik untuk laki yang baik. kat luh mahfuz dah lame ade name jodoh kau. tunggu mase yang sesuai jek.



adimt cepat kalau kau camni! hahahahaha








#off topic: entry ni nasihat untuk diri sendiri jugak. to readers, no hard feelings yep! thanks ^__^

#off topic 2: perasaan tu bermusim. tak semestinye kita akan suke dekat orang tu sampai bila-bila. that's why it's called crush. kalau dah jatuh sekali, sakit tu tak lame. kejap jek.

Monday 18 June 2012

cita-cita aku. teeeheeee~

assalamualaikum.

aku nak warning awal-awal....... citer ni panjang.... tapi siyesly kau akan rase bermanfaat!!!!!! kalau aku tipu, kau boleh cubit puas-puas~ ade berani???  hehehehe



MAMAT JIWANG versus MINAH BRUTAL
sweet gler kot......rugi la sapa x baca.....mai la baca ramai... =D =D



#Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

#Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)



Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…

Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

#Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : Sso what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

#Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..

Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..

Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

#Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

#SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

#Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

#Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

#Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

#(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)



Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

#(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)

Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..

Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….




~*~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu...~*~



desperate gilerr~  0_o


*copied!*
off topic: kalau kau bace sampai bawah, usap-usap lah kepala kau sambil berkata...''dude!! aku osem!!"

tips buat baik ^_________^

assalamualaikum.




korang dah selawat dah harini ? jom jom ! ringan je kat mulut .huhu .korang jangan pandang rendah tau .. "remeh di mata manusia , besar ganjarannya disisi Allah"

Jom selawat.!!
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa ali Muhammad .

Rasulullah bersabda
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali , maka Allah akan memberi rahmat 10 kali kepadanya"



lagi!!!




Jom selawat.!!
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
Allahumma Solli 'Ala Muhammad wa ali Muhammad .


















#off topic: copied from pesbuk-ustaz don

Sunday 17 June 2012

sixth sense??

assalamualaikum.


tajuk entry  nak aci gempak je kan?? puiiiii! *kau nak citer pasal grup sixth sense ke jah?
jangan hanghap!! takde makne aku nak bazirkn blog aku citer pasal tu....pffftttt!! okeh...okeh......*tarik nafas dalam-dalam *
bawak bertendang....bawak bertendang.........*yep, meh tendang aku. hahahaha!





aku dok ostel 5 tahun...yelah, dok sliss kan.....tak taff ah tak dok asrama. hehehehe......tapi, tapi, part yang aku paling benci dok ostel, time nak kena pegi tandas malam-malam. ngeri kau tahu!! naik sume bulu aku weyh!! lagi-lagi ostel aku tuh dah bertimbun history stok-stok ngeri. aku bukan lah pengecut. hahahaha.....ekceli aku penakut je..sikit...tak banyak....orang taff mane boleh takot banyak-banyak kan??? *boooooo la!!





yep, macam-macam citer kat ostel terchenta aku. paling aku ingat time form 2. ade ORANG MINYAK woiiii!! badan berminyak, ber''six-pack'',bernafsu tinggi......boleh bayang kan??? hahahaha....yang paling tak boleh blah...tiap2 dorm kena stay up tiap2 malam...kalau tengok movies-sambil-makan-popcorn ke hape takpe ah gak...ni nak kena jage keselamatan ah konon nye.........aku??? opkoz ah curi tulang...hahahahha...demi mata beb....matilah aku kalau tido kat kelas. dah tak macho nanti, kau nak jawap?




ade la cite pasal nenek-kebayan-polident dok atas locker. tengah baru nak belajar mengira. 1..2...3.....cucu dah tido....bla..bla...*ahhh! tak ingin aku hingat...lalalalalala~
ade la gak citer pasal sesi hempap-menghempap.......kalau kau jemah, memang nak citer benda-benda ni kat aku...jangan berani la malam-malam. kang aku wrestling je kau, jemah. siang je boleh ok!






lagi....pantang larang...part ni ah aku rase paling kelakar. akak dorm aku selalu warning. time form 1. ntah warning hape-hape. yang paling aku ingat, takleh ketip kuku malam-malam, takleh duduk atas simen time kau tengah berdarah sebab nanti benda tu hisap, jangan sapu malam-malam.......what's the point ntah...



ni aku nak smash balik pantang-tak-berlarang tu~

 aku nak ketip kuku sebab esok isnin ! simen tu solid!! taff!! nak sapu sebab nak kena cop rajin pon salah ke??!!








hoi toilet! ape superpower kau sampai aku leh kecut perut???!!




#off topic: kalau kau bace al-quran tiap-tiap hari, tak tinggal solat, jage adab sume....benda tu takkan kacau. Allah tu kan sebaik-baik pelindung.

tak tahu nak cakap ape #3

assalamualaikum.


true story peeps!!

Saturday 16 June 2012

ALAM BERSAWANG

assalamualaikum.

aku keliru. aku tak paham. aku pelik. aku rase nak jerit!!!!! urghhhh!! *ok,emo jap.

kau mesti nak tahu punca kan? fine....! nah, hambek kau.....


HUBUNGAN ALAM BERSAWANG.

yep....aku selalu buat poker-face pasal isu tu. aku tak paham cane orang boleh rapat ketat-ketat takat gune fb, blog, text, twitter........tapi tak pernah jumpe pon. tak pernah ade kaitan pon. jap...jap.....nak bagi situasi dulu tok korang paham.




----------------------------------------------------------------------------------------

tersebutlah al-kisah seorang teruna dan seorang dara...berkenalan hanya di dalam alam bersawang. mereka berdua bukanlah belajar di tempat yang sama.dalam erti kata lain, langsung tidak pernah berjumpa.suatu hari, dengan  bertemankan seorang kawan, si teruna telah berjumpa dengan si dara.

walaupun si teruna tinggal di perlis, dia sanggup pergi ke johor untuk bertemu dengan si dara. si teruna juga tidak ketinggalan untuk membawa beberapa buah tangan yang terdiri daripada coklat, baju dan selendang untuk si dara. 


TAMAT

---------------------------------------------------------------------------------------------




ye jemah-jemah sekalian.......

kau dah paham ke belum isu yang berbangkit-tak-berbaring tadi? sampai bila-bila pon tak mungkin aku paham. dan aku doakan diri aku tidak menjadi sebegitu. tak pelik ke weh??? benda tu soooooooooo pelik. serius weyh!!!

lagi..lagi....kau tak tahu pon true colours pasal orang tu. takat dalam alam maya, macam-macam personaliti kau boleh try kan? kau sendiri pon boleh tipu orang lain. semua orang nak tunjuk side baik kan? pada hal side burok tu punye lah berjela REALITINYA. *aku pon tak terkecuali. tsk! terase balik kat diri sendiri~


  opinion aku. no offense beb!! and no hard feelings!







hahahaha......!!! *ok, takde kaitan ngan entry



#off topic: ni entry luahan hati. kau boleh nampak kan side serius aku kat sini?? hehehehe....side bm power pon terserlah~kan??kan???

#off topic 2 :kau agak-agak, teruna tu suka kat dara tu? boleh caye tak dorang takat kawan jekk?? opinion?

jemah baru ?

assalamualaikum.

ini punye entry hanye khas untuk sorang jemah. hahahahaha. aku tahu kau tak sabar nak tahu. jap eh, aku naikkan saham jemah ni dulu. jemah ni umur same gak ngan aku. 19. err....nak tulis ape lagi eh....jap...kejap....ish...kejap ah...*kau hingat senang nak perah idea? dush!

haaa....!! list kan superpower jemah ni bagus jugak kan? *nampak kan aku ni genius??peace!

 bak kate orang, tak kenal maka tak cinta? jom same-same jatuh cinte ngan jemah ni...kan??kan?? baik kau hangguk kepala! cepat!! *hoi, kau jah...emo pakse2 orang pe hal??? hempuk karang~


SUPERPOWER JEMAH :


satu........pandai masak. kau nak order ape? sume boleh~ masakan jawa adalah kepakaran beliau.

dua........pandai jahit. jahitan jenis sebelit-belit alam pon ade kau tahu? *eh...wujud ke jahitan tu? lalalala~

tiga.......membaca

empat....menulis

lima.........mengira

enam........berfikir mungkin?

tujuh........menghidu

lapan.....mendengar

sembilan.......melihat

sepuloh........bercakap




yeay!!!! *melompat-lompat...* keterujaan aku terserlah kan??? banyak kan superpower jemah tu??? sila kagum. ^______^ hehehe...aku boleh nampak kau senyum-tapi-dalam-hati-macam-nak-bagi-bom-kat-aku.........sape-sape nak ngorat jemah ni buat bini boleh sesangat.....aku sokong! bakal isteri mithali...*aminnnnn*  nilah jemah tuuuuuu...*senyuummmmmmmm




hai...undilah ai!!!plissss~ taip nur tuba bt.marjuki dan hantar ke xoxoxo



#off topic: sedar tak sedar...banyak jugak nikmat Allah yang diberi kepada hamba-hamba NYA....cepat sedar sebelum terlambat~alhamdulillah 100x

Friday 15 June 2012

palam#part 9

assalamualaikum.

UITM Puncak Alam. aku langsung tak target pon nak masuk situ. in fact, aku dah set nak masuk matriks. even sejak form 5! kau tahu tak betape keciwe dan kecundang nye aku bile aku target nak matriks p.pinang tapi tak tercapai impian aku!

matriks aku dorang campak gi changlun,kedah??? ewwwww!! tak masuk list application ok! sesuka hati keturunan-kucing-tiri dia je nak campak aku kat situ! *aku tak bermaksud nak hina matriks tu ok. kau jangan bagi poker-face. hempuk kang~


wa sedeh gilerrr!!! arghhhhhhhh! *kau nak  emo pe hal?benda dah lepas pon...boooooo!!!!

ALLAH tu maha mengetahui. DIA tahu ape yang terbaik buat hambe-NYA~

hati aku di ''one-direction'' kan ke palam. *1D!!wink2~* aku pon tak sedar cane aku leh uruskan sume prosuder tuh. tup-tup, wa dah masuk palam. ade la wat research sikit pasal palam. tengok blog orang. sume cakap susah lah...advanced lah....merapau-meraban je mereka nak psycho aku...ciss!!!

tapi ternyata...................jap eh, aku nak buat statistik-sesedap-pavlova nih. population dak palam. 50% dak mrsm, 35% dak sbp, 15% dak commoners. dan aku tergolong dalam dak commoners. *ai takde superpower~tsk!

kau tanye lah mane-mane jemah pon.....''yu dak sekolah mane dulu?''.....''ai dak maktab.hiw.hiw.hiw.''...''ai dak sbp''
kau boleh nampak tak????  kalau kau kat tempat aku kau boleh bayang kan feeling aku cane? rase diri ni sekecik-semut-tonggek kau tahu! macam-macam benda tak cukup alam aku fikir.

lagi....lagi...dan lagi.......budak d4 tu pon majority sekolah elit. time sesi introduction, macam-macam jenis sekolah elit ntah. siyes weyh! aku rase aku tak layak kat situ! ai rase tak sanggup lagi!!!!!!! aku ngange je time tuh.macam keluasan-lautan-pasifik-membelah-lautan-arab .*haa...kau bayang sendiri. aku taknak tolong. lalalala~

tiap-tiap kali name sekolah elit kena sebut.......mula lah teruna2 kelas aku.........*kau buat2 paham ah...malas nak eksplen....waa tacing nih!

same lah gak housemates aku. stok-stok sekolah elit. aku ngan fara je commoners. rase nak nangis pon ade gak time tu. mind-blowing gile ok! aku kena lawan dorang nih??? what the fish!!???

tapi...tapi...dan tapi..........





#off topic:aku nak sambung kat part lain ah. bajet bagus kan? kau rase nak bagi pelempang kat aku? lalalalalalalalala~

Thursday 14 June 2012

palam#part 8

assalamualaikum.

entry ni sambungan dari palam#part 6. beliau suka sangat bagi ayat-pembunuh-hati-nombor-satu-sambil-membuat-muka-romeo. pastu nanti akan ade ''awww-moment''....

kau buat poker-face ye! berani kau! jap la....aku nak ingat balik nih...pe eh....haa!!*untuk kesan yang mendalam-menusuk-spinal-cord, kau kena bace ngan feeling romeo meng-ayat 100  jemahs.teeheeee

------------------------------------------------------------------------------------
''do you know that i'm missing you guys a lot while you're enjoying your holidays?i feel sooooo lonely..........''

then,satu hall........''awwwwwwwwww~''

''i'm sooooooo happy that i can meet and teach all of you again.because,in my whole life as a lecturer,i've never teach the same group for 2 semester in a row....''*senyuuuummmmmmm

then,satu hall.......''awwwwwwwwwwww~''

''i have lived my life....and you have exciting things ahead you......i will miss all of you,in fact,i still miss last batch students.....''

then,satu hall.........*krek..krek..* ''awwwwwwwwwwww!~

----------------------------------------------------------------------------------------

terharu giler weyh time tu! kalau kau rase penat hari tuh, hilang penat kau ngan kata2 manis-macam-lolipop-celup-lagi-ngan-madu. siyes! sebab kau akan rase diri kau cam kat iklan LOREAL ,''kerana diri mu, begitu berharge~ '' 
lagi..lagi...rase macam nak replay moment-moment tu 1000 kali sehari. hahahaha! *HIPERBOLA kan kau jah? suke hati ai lah! nampak klise gilerr kan? lalalala~



we lap yu so much sir!!!<3



badewei, kalau kau caye umo beliau seperti di entry sebelumnya, kau memang..memang..memang kena TROLL!!*kau pon same kan jah ? banyak kali kena troll ngan sir...pfftt!!!


#off topic:65 years old ekceli.~

#off topic 2:sir antare guru terhebat yang pernah saye jumpe. sir, thanks for being my lecturer hall and tutor for 2 semesters in a row! ramai yang jeles sebab sir jadi tutor d4 untuk 2 semester dan saya sukakannye....hehehehe...and...i wish that you will always be blessed by ALLAH S.W.T!



Wednesday 13 June 2012

malam dinner#finale

assalamualaikum.

banyak kali aku fikir before nak tulis pasal nih.sebab..sebab...sebab....ughhhhh...ok foinee!

#lepas jumpe syu-are
aku masuk balik hall.ingatkan classmates aku still kat situ..tapi....haish.....boleh pulak dorang tinggalkan aku sensorang????aku rase BLANK gileerr...!sentap hati mak nak~sampai hati korang buat aku camni?pe salah  ai??!!!!HAPE SALAH AI??!!*emo kau jah~YE,MEMANG.


pastu,aku dapat lah instinct nak gi luar.dorang tengah terjerit-melolong-hambek-gambar-tak-berhingat.
adusss!*palmface.....aku pon join lah.amek la satu dua gambar ngan dorang.tiba-tiba lagi....

---------------------------------------------------------------------------------
aku:eh,asal bas dah sampai?kita dah nak gerak eh?

jemah:aah.beg kau kat dalam tadi aku dah ambek.kteorang nak naik bas dah ni.

aku:weyh!!!!!!!!!!!!!!!!!!biar betol!kau dah ambek barang kat surau?

jemah:*angguk*...lah....kau belom ke??

aku:belom lah!!ish,cane ni....dorang dah nak naik.aku tak ambek lagi.ala..ala...ala....

jemah:kau ambek la barang kau.nanti aku jage tempat kau kat bas.

aku:*dah macam kucing-menggelegak-bila-disirami-air-sejuk....*ok...kau jagekan ye!

aku pon dengan kepantasan super saiya........melulu ke pintu masuk...tapi...pastu....

jemah 2:wei!!kau nak pegi mane??kau nak pegi mane???!!!!

boooommm!oooooouuuuuuuuccchhhhhh!!!!!!!sakitnya....dahi aku....eh,pintu ni bukan otomatik ke???asal aku boleh terlanggar pintu kaca ni???pintu betol kat sebelah tu ek?MALUUUUUUU!!!!!!!!!tsk...tskk.......taugeh kau kaca!

----------------------------------------------------------------------------------

lepas aku naik bas....aku teros citer kat member-member aku.ingat nak mintak simpati...tapi...haish...berdekah-dekah tak hingat dunia dorang gelak.tak guna betol~

tu lah namenya member sejati-sehidup-taknak-sejiwa.member ditimpa kemaluan paling tinggi.....bukan nak menyapot....nasib lah~


camnilah muka member aku gelak.tapi ekceli lagi dassat


#off topic:sampai sekarang aku tak tahu sape jemah 2 tu.time aku terlanggar tu,dalam tu ade satu grup.sume teruna,taff2...kau boleh rase tahap kemaluan aku dah boleh jadi 238x983,di cubickan ngan kuase 3 kan?tsk!tsk!

palam#part 7

assalamualaikum..

dah banyak part dah ni...setahun je pon banyak kenangan derrrr........hmmm...kau penah rase tak moment-kau-orang-paling-kesian-kat-dunia ni??ni lah yang aku rase bile....

#time tuh cuti sem.bapak aku call,tanye nak balik tak.aku pon ngan macho nye reply,
''takpe.haritu pon baru balik.memang tak nak balik pon.''
*terserlahkan ke''macho''an kat situ?aku kan anak taff,mestilah begitu....hahahaha

ekceli ade reasons.tapi takyah la bagi tahu.panjang nanti kang.kau nak baca?

pastu......ade la satu hari tu......taugeh!!!!henset aku rosak!!screen blank!!!
wa cemas-resah-gelisah-sampai-nak-pitam lu tahu!!wa dah la takde jam tangan.cane nak tengok jam?rumet wa balik pulak time tu.
lagi..lagi...kalau tiba2 bf anta sms cane nak baca??!!grrrrrrrr!!!!!
dan tiba2 satu hari.....henset wa mula merengek,wa pon...''eh??ade orang call..alamak..ntah jemah mane ni..''


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

jemah:assalamualaikum.ni cik azizah ma'amor ke?

aku:waalaikummussalam.ye,saya.siapa ye ni?*suara formal,macam taff.kena control nih.hehe


jemah:saya dari pihak usm.saya lihat,keputusan sem 1 cik baik.jadi,pihak kami nak tawarkan kos perubatan kepada cik.

aku:*terpegun.aku dah terbayang muka mak aku time tuh.mata dah sparkle giler.tapi suara control macho*oh,ok...ye..ye...

jemah:cik boleh hantar dokumen2 yang di perlukan melalui email.dateline,minggu depan.

aku:oh...ok..ok...ye..baik....

tapi....sebelum aku sempat sedar dari realiti....jemah tu dengan tak-berhati-hempedunya cakap

jemah:wei,azizah!aku nak link2 pasal report bio tu!!

aku:*terpegun lagi....aku tak tahu nak bagi reaksi ape.....*ni ..errr...sape ni..?

jemah:ni sotong kering lah!wei,aku nak link2 tuh!

aku:grrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------


kau tahu tak betapa terasa terhinanya aku time tuh!dah la screen henset aku blank.
kau SOTONG KERING!
cane kau boleh cari perfect timing!!!!!!taugeh!taugeh!taugeh!!!!!!!!!time tu aku rasa cam nak nangis.dah lah banyak benda tak settle.boleh pulak dia buat camtu???how dare yu SOTONG KERING!
aku nak balas dendam...tapi aku tak tahu nak buat cane...*well...ai kan baik...hiwhiwhiw~


#off topic:time tuh memang aku rase down giler.banyak benda jadi dalam seminggu tu.tapi..tapi...tapi.....even banyak benda jadi dalam minggu tu....I'M STILL ALIVE..!ALLAH tu sebaik-baik penolong.ade hikmah semua tu jadi.


#off topic 2:kalau kau nak buat prank call kat kawan2 kau nanti,time henset si mangsa jadi macam aku....memang elok sesangat~












palam#part 6

assalamualaikum.

kali ni aku nak kenalkan kat kau lecturer HOTSTUFF kat palam.siyes weyh.beliau sangat HOT.tiap2 kali lecture beliau,mesti semua orang berebut nak dok depan.kalau kau datang lambat tu,paham2 je lah.memang takde harapan nak dok depan.melainkan kau HOTSTUFF.*hahaahahahaha....hotstuff  je kan kau jah..aku lempang karang baru kau kenal langit tu tinggi ke rendah.

eh,langit mesti lah tinggi kan...?ok,enough merapu.err...lecturer kan tadi...?
haa..ye..ye..nama beliau,MR.LATIF.superpower,MATH.sangat lah baik weyh.kalau dia dah masuk mode bercerita-konon-nak-merehatkan-students........perghhhhh....we olls melting gilerr....


hai,i'm hotstuff!

taff tak?taff kan...??hehehehe....first time aku tengok,rase teruja giler kot.''eh,atuk mane ajar aku ni.?woowwwww!!!!''*nampak tak keterujaan di situ?hahahahaha.
kau mesti nak tahu umo beliau kan?meh aku cite.

#dalam lif

---------------------------------------------------------------------------------

jemah 1:hai,sir!*muka bersinar bak bulan banyak lubang


jemah 2:hai sir!*muka shining bak minyak atas api


sir latif:oh,hai!*senyuuuummmm


jemah 1:sir,can i ask yu a question?

sir latif:yes,yes....*tahan macho..aweksss kot


jemah 1:how old are yu?*kau nampak kan betapa berani nye dia tanye,berapa tuakah anda?


sir latif:*senyuuuummmm...i'm 82 years old.

jemah 2:wowwwwwww!!!!!really sir??!!*jemah 1 dah lama nganga sebelum jemah 2


sir latif:yes~*senyuuuuummmmmmmm lagi


------------------------------------------------------------------------------------------------------


#off topic:bersambung lagi...........sabar je la ngan aku .nak lempang tak sampai kan?lalalalalala~

Tuesday 12 June 2012

palam#part 5

assalamualaikum.

 sem 2,study week.kau tahu tak feeling aku-rasa-aku-tak-mampu-lagi-nak-bernafas??mesti kau penah rase kan?tak penah?nampak sangat kau takde life.hahahahahaha!

ok,time tu sangat genting ye.ni kau kena bayang.WAJIB!   study week+test+kuiz chem+assignment bio

semua di jamakkan dalam 1 minggu.perghhhhh!ai tak sanggup bang!


#lepas asar,dalam bilik hawa

------------------------------------------------------------------------------------

aku:aku rasa nak buat kuiz on9 lah.hawa,pinjam lappy jap.kau guna?

hawa:ok,aku tak guna pon

aku:*bukak kuiz chem on9.carry mark sikit woi!kau giler tak nak buat?*alamak.....susah plak soalan ni....aku tak baca lagi .cissss!!!kena mintak tolong nih.aten!!!!!!!!!!!!!!!!!

aten:eh..kau tengah buat ye?

aku:aah.ni kau tahu tak jwpnnye?

aten:ni kot.haa!!ni...!aku yakin 100%!kompem!*kondifen je dia

so,aku pon tekan lah.pastu kan...

aku:aten!!!!!!!!!!!!!!salah!!!!!!!!!!!!ya allah!carry marks aku!sebab kau la ni!*aku dah terguling-guling atas katil hawa sebab tak mampu tahan macho time tu.


aten:relek lah ija....satu je...try tanye kawan2 kau.

aku:isk2...ye lah..lina ade ni.nizam pon.*aku,cam bese lah kan


---------------------------------------------------------------------------------------------------


#fast forward,lina bagi sume jwpn(mostly).hahahahahaha!tapi,of course lah markah kuiz tu dia lagi tinggi.*ai jeles giler yu tahu!!!rasa geram....tapi cepat2 sedar..astaghfirullahalazim...








#off topic:lain kali jangan asek jeles tak bertempat jah.rezeki orang masing2,ALLAH bagi.
kalau nak,usaha betol2.dah dapat ilmu tu,share2  ngan orang macam kawan2 kau suka bagi kau meng'copy'~




malam dinner#part 3

assalamualaikum.

aku ade moment-tak-nak-hidup time malam tu ekceli.tapi nanti2 lah.aku trase tengah malu lagi lah*sejak bile malu jah??kah3!
wei,siyes aku malu wei.nanti bile tak malu aku bagi tahu okeh?

malam tu lepas kenyang giler......(maklumlah,makan cam piranha,even depan orang tak kenal,mane boleh miss!pantang keturunan aku biarkan makanan marveles terdampar free2 atas meja ok!)
aku carik syu-are,my BFF.aku story-mory ah cite panasss-keba-bom petang tadi tuh.
and time tuh,classmates aku tengah.......



kanan:penguin,ms.puteri,nicole david,ms.fariza,hananana

ms.puteri.beliau CUN.kau pon boleh approve kan?beliau ajar fizik.yep,fizik.aku alergik kat menatang tuh.so,bile alergik,kau paham2 lah.nak siapkan homework,mane boleh sorang2 bro.haruslah ber''copy''.hiwhiwhiw ~_~

ms.fariza.beliau OTAI.tapi aku suke cara beliau ngajar.memang masuk je otak bagai harimau-mengejar-penguin.*ye,kau buat2 imagine pon bole~



ye,pilih2!kami sangat single and available!


hahahaha.ade yang unavailable weh.berhati-hati kalau kau nak satu.kalau terpilih yang dah berpunya,aku taknak tolong.lalalalalala~



#off topic:kau nampak kan kehebatan aku berada di dua tempat dalam satu masa?tu lah superpower aku.*wink2


#off topic:ms.puteri,maafkan saya kalau tak siap homework.saya memang tak mampu.tak mampu miss!sila fahami saya.isk2~