Sunday, 17 June 2012

sixth sense??

assalamualaikum.


tajuk entry  nak aci gempak je kan?? puiiiii! *kau nak citer pasal grup sixth sense ke jah?
jangan hanghap!! takde makne aku nak bazirkn blog aku citer pasal tu....pffftttt!! okeh...okeh......*tarik nafas dalam-dalam *
bawak bertendang....bawak bertendang.........*yep, meh tendang aku. hahahaha!





aku dok ostel 5 tahun...yelah, dok sliss kan.....tak taff ah tak dok asrama. hehehehe......tapi, tapi, part yang aku paling benci dok ostel, time nak kena pegi tandas malam-malam. ngeri kau tahu!! naik sume bulu aku weyh!! lagi-lagi ostel aku tuh dah bertimbun history stok-stok ngeri. aku bukan lah pengecut. hahahaha.....ekceli aku penakut je..sikit...tak banyak....orang taff mane boleh takot banyak-banyak kan??? *boooooo la!!





yep, macam-macam citer kat ostel terchenta aku. paling aku ingat time form 2. ade ORANG MINYAK woiiii!! badan berminyak, ber''six-pack'',bernafsu tinggi......boleh bayang kan??? hahahaha....yang paling tak boleh blah...tiap2 dorm kena stay up tiap2 malam...kalau tengok movies-sambil-makan-popcorn ke hape takpe ah gak...ni nak kena jage keselamatan ah konon nye.........aku??? opkoz ah curi tulang...hahahahha...demi mata beb....matilah aku kalau tido kat kelas. dah tak macho nanti, kau nak jawap?




ade la cite pasal nenek-kebayan-polident dok atas locker. tengah baru nak belajar mengira. 1..2...3.....cucu dah tido....bla..bla...*ahhh! tak ingin aku hingat...lalalalalala~
ade la gak citer pasal sesi hempap-menghempap.......kalau kau jemah, memang nak citer benda-benda ni kat aku...jangan berani la malam-malam. kang aku wrestling je kau, jemah. siang je boleh ok!






lagi....pantang larang...part ni ah aku rase paling kelakar. akak dorm aku selalu warning. time form 1. ntah warning hape-hape. yang paling aku ingat, takleh ketip kuku malam-malam, takleh duduk atas simen time kau tengah berdarah sebab nanti benda tu hisap, jangan sapu malam-malam.......what's the point ntah...



ni aku nak smash balik pantang-tak-berlarang tu~

 aku nak ketip kuku sebab esok isnin ! simen tu solid!! taff!! nak sapu sebab nak kena cop rajin pon salah ke??!!








hoi toilet! ape superpower kau sampai aku leh kecut perut???!!




#off topic: kalau kau bace al-quran tiap-tiap hari, tak tinggal solat, jage adab sume....benda tu takkan kacau. Allah tu kan sebaik-baik pelindung.

tak tahu nak cakap ape #3

assalamualaikum.


true story peeps!!

Saturday, 16 June 2012

ALAM BERSAWANG

assalamualaikum.

aku keliru. aku tak paham. aku pelik. aku rase nak jerit!!!!! urghhhh!! *ok,emo jap.

kau mesti nak tahu punca kan? fine....! nah, hambek kau.....


HUBUNGAN ALAM BERSAWANG.

yep....aku selalu buat poker-face pasal isu tu. aku tak paham cane orang boleh rapat ketat-ketat takat gune fb, blog, text, twitter........tapi tak pernah jumpe pon. tak pernah ade kaitan pon. jap...jap.....nak bagi situasi dulu tok korang paham.




----------------------------------------------------------------------------------------

tersebutlah al-kisah seorang teruna dan seorang dara...berkenalan hanya di dalam alam bersawang. mereka berdua bukanlah belajar di tempat yang sama.dalam erti kata lain, langsung tidak pernah berjumpa.suatu hari, dengan  bertemankan seorang kawan, si teruna telah berjumpa dengan si dara.

walaupun si teruna tinggal di perlis, dia sanggup pergi ke johor untuk bertemu dengan si dara. si teruna juga tidak ketinggalan untuk membawa beberapa buah tangan yang terdiri daripada coklat, baju dan selendang untuk si dara. 


TAMAT

---------------------------------------------------------------------------------------------




ye jemah-jemah sekalian.......

kau dah paham ke belum isu yang berbangkit-tak-berbaring tadi? sampai bila-bila pon tak mungkin aku paham. dan aku doakan diri aku tidak menjadi sebegitu. tak pelik ke weh??? benda tu soooooooooo pelik. serius weyh!!!

lagi..lagi....kau tak tahu pon true colours pasal orang tu. takat dalam alam maya, macam-macam personaliti kau boleh try kan? kau sendiri pon boleh tipu orang lain. semua orang nak tunjuk side baik kan? pada hal side burok tu punye lah berjela REALITINYA. *aku pon tak terkecuali. tsk! terase balik kat diri sendiri~


  opinion aku. no offense beb!! and no hard feelings!







hahahaha......!!! *ok, takde kaitan ngan entry



#off topic: ni entry luahan hati. kau boleh nampak kan side serius aku kat sini?? hehehehe....side bm power pon terserlah~kan??kan???

#off topic 2 :kau agak-agak, teruna tu suka kat dara tu? boleh caye tak dorang takat kawan jekk?? opinion?